Sabtu, 27 Jun 2015

Pengenalan

SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA






PENGENALAN

Kepesatan pembangunan negara kita turut menyaksikan perkembangan yang baik dalam penyediaan perkhidmatan pengangkutan awam - pelbagai langkah telah diambil oleh pihak kerajaan untuk menambah baik mutu perkhidmatan pengangkutan awam - penggunaan pengangkutan awam masih dipandang enteng oleh segelintir masyarakat - ramai yang masih tidak sedar kebaikan atau manfaat yang diperoleh apabila menggunakan pengangkutan awam . Pengangkutan awam atau transit awam merangkumi segala sistem pengangkutan yang mana penumpang tidak bergerak menggunakan kenderaan sendiri. Meskipun istilah-istilah tersebut secara amnya dianggap sebagai perkhidmatanrel dan bas, definisi yang lebih luas boleh merangkumi perkhidmatan penerbangan berjadual, feri, teksi dan sebagainya. Satu lagi batasan lanjut yang kadang-kadang dikenakan adalah bahawa pengangkutan itu sepatutnya dijalankan dalam kenderaan yang sentiasa dikongsi, maka terkecualinya teksi yang bukan kongsi tumpang.Pengangkutan awam biasanya dikenali sebagai pengangkutan umum dan biasanya diatur untuk menawarkan perkhidmatan berjadual dalam laluan tetap tanpa penempahan. Kebanyakan penumpang transit bergerak dalam lingkungan kawasan tempatan di antara rumah mereka dan tempat kerja, pusat beli-belah atau institusi pendidikan.










Tiada ulasan:

Catat Ulasan