Selasa, 30 Jun 2015

Kebaikan Menaiki Pengangkutan Awam

SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA

Adakah anda pernah menggunakan pengangkutan awam?. Pengangkutan awam atau transit awam merangkumi segala sistem pengangkutan yang mana penumpang tidak bergerak menggunakan kenderaan sendiri.
Pengangkutan awam darat pula meliputi pengangkutan seperti bas, teksi, kereta api, transit aliran ringan (LRT), KTM Komuter, KL Monorail, Express Rail Link (KLIA Express, KLIA Transit)

Dalam usaha menambahbaik pengangkutan awam di negara ini, kerajaan prihatin menyediakan sistem pengangkutan awam yang mampu memenuhi keperluan rakyat untuk menjadikannya sebagai pilihan utama masyarakat khususnya penduduk ibu kota. Sehubungan itu, kerajaan memberi fokus kepada empat bidang utama di dalam sektor pengangkutan awam di negara ini agar kepercayaan masyarakat terhadap kemudahan tersebut meningkat.

Kelebihan Menggunakan Pengangkutan Awam

  • Menjimatkan kos / perbelanjaan
  • Harga tambang yang berpatutan, membolehkan pengguna pergi ke mana-mana destinasi dengan mudah.
  • Tidak perlu membelanjakan wang untuk membeli bahaN api / minyak, yang harganya semakin meningkat.
  • Tidak perlu membayar tol dan bil parkir untuk bergerak   dari satu tempat ke satu tempat.
  • Mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas




Tiada ulasan:

Catat Ulasan