Selasa, 30 Jun 2015

Jenis-Jenis Pengangkutan Awam



1.LRT
  • Transit aliran ringan (LRT, Light Rail Transit) merupakan sebentuk pengangkutan bergerabak dalam bandar yang lazimnya memakai kelengkapan dan prasarana yang tidak melebihi tahap yang dipakai oleh sistem transit cepat, menggunakan kenderaan gerabak ringan untuk berkhidmat dalam sistem ini. Di Kuala Lumpur dan kawasan Lembah Klang, Malaysia, terdapat tiga laluan LRT iaitu Laluan Ampang, Laluan Kelana Jaya dan KL Monorail yang dikendali oleh RapidKL



Peta LRT


2.Bas

  • Bas merupakan sebuah kenderaan jalan raya yang besar serta direka bentuk untuk membawa penumpang yang ramai sebagai tambahan kepada pemandu dan kadang-kadang konduktor bas. Perkataan bas berasal daripada perkataan Latin omnibus, yang bermaksud 'untuk semua'. Nama penuh bas ialah 'Kenderaan Omnibas' - bermaksud 'kenderaan untuk semua'.





3.Teksi

  • Teksi ialah sejenis kenderaan sewa yang dipandu oleh seorang drebar untuk mengangkut seorang atau sebilangan kecil penumpang, ke destinasi pilihan mereka, berbeza sekali dengan pengangkutan awam lain yang mana lokasi turun naik ditetapkan oleh pengendali perkhidmatan, bukannya penumpang.
  • Istilah teksi berasal daripada istilah taxicab, iaitu singkatan taximeter cab yang dicipta oleh Harry N. Allen, yang mengimport kereta teksi pertama ke Bandaraya New York dari Perancis. Perkataan cabialah singkatan untuk cabriolet, iaitu sejenis kereta kuda.
  • Selain itu, taximeter diadaptasi dari perkataan Perancis taximètre, yang diterbitkan dari taxameterdalam bahasa Jerman, yang berasal dari Bahasa Latin Pertengahan iaitu taxa yang bererti 'cukai', digabungkan dengan perkataan meter dari metron dalam bahasa Yunani yang bermaksud 'ukuran'.




















Tiada ulasan:

Catat Ulasan